Kehidupan peribadi Azharina

Anak angkat

Pada 30 September 2014, sepupu beliau, Mohd. Faisal menyerahkan tanggungjawab membesarkan anaknya kepada Azharina iaitu Rahmat Azharin Aziz Mohd. Faisal. Dari waktu itulah Azharina menjadi ibu angkat kepada Rahmat Azharin.[5]
Keputusan Azharina untuk mengambil anak angkat kedua iaitu Rizkie Azharin Azhar Abdullah (lahir 5 Mac 2017) berlaku secara tidak sengaja. Pada awalnya Azharina hanya membantu ibu kepada kanak-kanak berkenaan namun wanita itu mengambil keputusan menyerahkan bayi yang dilahirkan kepadanya kerana kesempitan hidup.[6]
Walaubagaimanapun, umur Rizkie tidak panjang kerana telah pulang ke rahmatullah pada 28 Mac 2017 di Hospital Putrajaya kerana pendarahan otak, buah pinggang yang rosak dan darah mempunyai asid yang tidak sesuai. [7]